Entry: Laporan Majlis Tugede-gede di IB Wednesday, May 05, 2004



MAJLIS TUGEDE-GEDE DI CAFÉ JALAMAS ISTANA BUDAYA


Alhamdulillah…setelah ditunda beberapa kali, akhirnya majlis sambutan Hepi Besday untuk ahli PFS bulan Mac dan April telah berlangsung dengan jayanya di Café Jalamas, Istana Budaya pada 24th April 2004 hari Sabtu bersamaan 4 Rabiulawwal 1425.

Tepat pukul 3.15pm, Elya, Ted dan Sempoii (naik keta Elya) tiba di Café Jalamas tanpa disambut oleh sesapa kerana mereka merupakan ahli PFS yg terawal hadir di majlis tersebut. Kak Aidid, Lan d’Mika, Ijip dan Frodo muncul 15 minit kemudian di mana Frodo datang melenggang kangkung (seperti biasa, tanpa membawa kdn) sambil menjinjing Mee hoon Kak Aidid (tauge asing). Sementara menunggu ahli yg lain tiba, kami melepak di dlm café sambil membincangkan pelbagai isu terkini termasuklah pattern barang kemas terbaru di pasaran (model Ijip sambil menayangkan “cincin baru”nya), mengenai hantaran² perkahwinan yang terkini hinggalah kepada isu harga kamera digital dari yang murah hinggalah yg mahal². Pasangan romantika d’ Amor Kak Iffa dan Abg Shalim muncul kemudian sambil membawa hadiah² yang berbalut cantik. Menurut Kak Iffa, beliau telah menghabiskan masa separuh hari di Ikea semata² untuk mencari hadiah besday boy/girl.

Walaupun cuaca agak panas ketika itu, namun kami telah mengambil keputusan muktamad tiada talian hayat untuk mengadakan majlis tugede-gede di kawasan luar Café dimana kami boleh berbual (baca: berborak, bergelak ketawa dan mengumpat) tak henggat dunia tanpa menganggu ketenteraman awam pengunjung² di dalam Café tersebut. Abg Shalim, Lan d’Mika dan Frodo ditugaskan untuk menyusun meja²  manakala yg lain² masih tetap berbual dan buat² tak nampak yang mereka sedang menyusun meja.

Wai em tiba dengan baju hitam lip-lapnya (yang juga dipakai ketika menghadiri majlis AIM pada waktu malam) beberapa minit kemudian dengan mood yg kurang stabil. Tanya sepatah jawap ½ patah, tanya 2 patah dijawap sepatah. Setelah post mortem dilakukan, baharulah diketahui bahawa beliau telah menghadapi sedikit masalah dgn beberapa org di luar sana ketika berurusan membeli hadiah.. (hmm sabar..) Kemudian muncul pula Vad, kdn (Nora) dan Yaya, Vad dan kdn kelihatan sungguh anggun berbaju sedondon berwarna putih ala² kumpulan Mohram la plak.

Ketibaan Kenari merah berkilat membawa Ijin ke IB, di iringi dengan sorak sorai oleh kami yg tak pernah nengok kereta barunya. Joelabu tiba seorang diri dan beliau meminta maaf kerana kdn tidak dapat hadir sama kerana tidak berapa sihat sejak berbadan dua. (Tahniah kerana bakal terima baby lagi..) Kemudian, SM tiba beberapa minit kemudian. Pastu Oraet hadir membawa kdn dan anaknya yg cukup comel, montel dan keletah. Sempoii bertanya kepada Oraet apa nama anak dia dan Oraet menjawap lebih kurang nama dia (Oraet). Maka kami pun meneka² nama anaknya..Nama² seperti Ok, Yes, Allright keluar dari mulut kami..rupa² nama yang kita cari ialah “Yas”..hmm..ada lebih kurang ke ngan nama bapak dia? Mungkin ada ala² “Yes”. Logik jugak..

Shay muncul jua dihantar oleh Bebehnya, tak lekang dengan senyuman dan sungguh petah (baca:laju) bila berkata². Macamana beliau di dalam tag, begitu juga perlakuan beliau diluar sana. Tiba² ijin menerima satu panggilan telefon dr seseorang dan beliau terus menuju turun ke arah parking. Kami saspek Antu ingin berjumpa dengannya personally dan benar kata kump Umbrella bahawa “ramalanku benar belaka” apabila Antu yang berbaju kotak² dan memakai topi paras hidung dilihat berjalan² dikawasan parking menuju ke arah Ijin. Pada ketika ini, suasana menjadi sungguh havoc di mana para Paparazi dan mamarazi bertungkus lumus mengambil shot² menarik gambar pasangan tersebut untuk diletakkan di moblog masing² dan juga sebagai koleksi peribadi.. mungkin juga akan dibuat dalam bentuk VCD.. hehehe…Hasil tangkapan gambar² tersebut sungguh menakjubkan ada ala² edisi siasat. Cara antu berjalan ke arah kami sambil menundukkan kepala ala² perogol bersiri yang baru keluar mahkamah telah menimbulkan sedikit kontroversi dikalangan kami di mana perlakuan tersebut sungguh cemerlang dan mempunyai harapan yang cerah untuk menjadi stand in kpd pesalah² yg memerlukannya.

Makanan telah tersedia sejak pukul 3.30pm lagi maka tanpa membazirkan waktu dengan sia², kami mulakan agenda makan dengan bacaan doa oleh diri masing. Menu kali ini agak banyak dan kami berusaha bersungguh² untuk tidak membazir pada majlis kali ini. Berusahalah Senchan…

· Nasi Goreng Cina
· Mee Hoon Goreng  – sedap lagi mee hoon kak aidid, tauge asing tu.
· Drummet Ayam
· Salad Lapis 
· Samosa Ayam – hah!! AYAM?? Sempoii dah makan 5 ketul..abis la dia.
· Sandwich Tuna
· Makaroni Bakar – ada org ingatkan meggi ropenya macaroni.
· Lompang Lapis  – lompang lapis yang tiada lompang di tengahnya.
· Cream caramel  – yang ni best.
· Buah Campuran  – tumpuan utama mereka² yg sedang diet..huhuhu..
· Kopi / Teh / Kordial – kordial dia rasa cam air kosong ditambah kaler merah.
· Kek Besday Coklat (ada bunga orkid kat atas) –  Ni ajer la yg satu² nya yang settle sebelum majlis berakhir.

Oleh kerana lokasi meja makanan terletak jauh dari meja makan, maka kami telah mengambil inisiatif berguna dengan menghantar Joelabu dan Frodo mengangkut makanan² dari meja makanan yang nuuun jauh di sana ke meja kami. Kelebihan tindakan ini ialah masa berulang alik dapat dikurangkan dan masa untuk makan dapat ditambahkan.

Beberapa panggilan dibuat untuk men”trace” kedudukan lokasi ahli² yang belum tiba. Telepon Setokin 4 kali, 3 kali masih on the way, dan kali ke-4 tetiba ada hal mengejut di saat² akhir maka tak dapat hadir. Cqeng tidak dapat hadir ada hal katanya. Spiral pula lagi la haru, dah nak dekat sampai IB tetiba ada tetamu nak datang umah. Ye lah kan..nak buek camano…

Vad meminta diri untuk pulang kerana sedaranya meninggal (kazen kepada kazen dia) dan menurut beliau, beliau ditugaskan untuk membaca doa setelah talkin. Kekecewaan dapat dilihat di wajah Yaya kerana tidak sempat makan kek. Kesian Yaya.

Agenda yg ditunggu² iaitu potong kek dimulakan pada pukul 4.30pm setelah mendapat konpemesen bahawa besday girl cqeng dan tokin dan juga besday boy spiral, tidak dapat hadir kerana masalah² yg disebut tadi. Hanya 4 org besday boy/girl saja yang diraikan pada hari tersebut iaitu SM, Antu, Joelabu dan Ted. Dipercayai, Antu lah yang paling “berusia” di antara mereka yay. Empat lilin dinyalakan mewakili 4 org besday boy/girl yg diraikan dan setiap mereka meniup satu lilin sajer..huhuhu..Kemudian anak Oraet diberi penghormatan untuk meniup sekali lagi lilin² tersebut siap ada sound effect lagi…Tiup..jangan tak tiupp dik non..

Kek Coklat tersebut terlalu sedap utk didescribe. Rasanya masih terngiang² di tekak kami walaupun ianya telah hampir satu minggu berlalu. Sungguh sedap sehingga menjilat kuku (kuku tangan yaa). Dalam banyak² makanan yang ada, hanya kek sahaja yg berjaya disettlekan sebelum majlis berakhir dan sebelum sempat ditapau oleh penapau² professional.

Upacara penyampaian hadiah kepada besday boy/girl berjalan dengan suasana amat meriah. SM menerima potret gambar wajahnya (gajah?)  dr ahli PFS yang disampaikan oleh Shay dengan senyuman meleret malu² konah. Kak Iffa menghadiahkan “Lampu Aladin“ kepada semua besday boy/girl (utk yg tak datang pun ada, tapi kena tuntut sendiri dr Kak Iffa yach). Antu menerima botol susu besar berisi Senchan di dalamnya sebagai menghormati minatnya yg amat mendalam tanpa batasan alam terhadap kartun Jepun tersebut. Joelabu pula menerima t-shirt “Pontianak Harum Sundal Malam” dr wai em dan sempoii. Jangan lupa, felem ini akan berada ditayangkan di pawagam² pada bulan Mei ini yach (ni iklan free). Pemilihan baju ini dibuat tiada kena mengena dengan sesapa yg hidup atau yang mati…atau pun tiada kena mengena dengan wajah sesapa. Setelah acara memberi dan menerima hadiah, perut pun secara tak langsung telah di”defrag” sekali lagi, maka kami menyambung makan belen² apa yang ada sambil menyambung berbual yang tergendala sebentar di atas agenda yang baru langsung tadi.

Pada pukul 5.45pm, maka berakhirlah majlis gilang gemilang ahli terbilang PFS pada kali ini. Makanan masih banyak di atas meja dan bermulalah acara menapau oleh penapau² professional. Ini adalah kerana, pihak café telah menyediakan makanan termasuk untuk mereka yang tidak hadir disaat² akhir. Seorang demi seorang pulang dan akhirnya cuma tinggal Frodo, kak Aidid, Ijip, Lan d’Mika, Wai em dan Sempoii. Acara bertukar² buku cerita berlangsung sebelum pulang ke destinasi masing².

Keseluruhannya majlis ini telah mencapai sebahagian objektifnya iaitu untuk mengeratkan silaturrahim dan bertukar² fikiran sesama ahli. Mengenai pembaziran makanan, ini adalah diluar kawalan kita namun ketidakhadiran beberapa ahli agak  mengecewakan ahli² lain seperti Oraet dan Joelabu yang pertama atau kedua kali join majlis seperti ini. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

9 Perkara² yang berlaku sepanjang majlis tersebut yang anda perlu tahu:-

1) Elya terpaksa menunggu anaknya selama ½ jam dalam keta kerana menunggu anaknya Mira bangun tido, selepas meragam disepanjang jalan dari Emkop ke IB.

2) Vad memakai pakaian sedondon dengan kdnnya Nora, berbaju putih nusantara. Macam pinang dibelah 36. Sepanjang majlis, Vad berada di mode kesopanan melampau di tahap dewata. Ataupun kalau mengikut istilah Kak Iffa  ialah “Sopan tahap CTT” (sila rujuk Kak Iffa utk translation).

3) Lan d’ Mika selaku paparazzi yang paling aktif dlm majlis tersebut, sanggup turun dr Kuale Kangsar ke KL untuk memeriahkan majlis kali ini dan menjalankan tugas paparazi yang berkaliber di seantero alam. Beliau juga sempat merakamkan adengan mengumpat beberapa orang rakan. Tu kalau masuk court memang senang² kes boleh menang, ada gambar ngan sore skalik. Bravo untuk Lan d’ Mika, good job!

4) Ijin bukan sahaja membawa Kenari merahnya, malah memakai rantai nusantara yang loketnya sebesar tapak tangan Yaya sebagai satu senjata dan peringatan kpd org² yg suka membulinya. Ini dapat dilihat kerana sepanjang majlis tersebut dia asyik mengungut nak pukul org yg buli/kutuk dia dengan loket tersebut. Walaubagaimanapun niat tak murni tersebut tidak berhasil kerana dia masih menjadi point utama utk dikutuk selain Shay…hahaha!

5) Anak Oraet, Yas (adik OK, kata Sempoii) sangat comel. Dia sempat memberi satu peringatan beharga kepada kami semua. Dia kata “abah cakap jangan sebut kau..aku…tak baik.." hmmm korang ingat tu.. Selain itu, Ijin juga kena smash sekali ngan adik OK kerana suka tengok² dia, sambil berkata “Jangan pandang” dengan nada serius. Straight to the point sungguh anak Oraet ini tak macam abah dia…huhuhu

6) Frodo sempat bercerita mengenai “Air Terjun dan kapal²” kepada anak Oraet. Mungkin Frodo boleh memberikan serba sedikit sinopsis cerita tersebut kepada kita..Encik Frodo dipersilakan.. (tepuk 3x)

7) Sehingga ulasan ini ditulis, besday boy antu masih nak kan t-shirt “Pontianak Harum Sundal Malam” (tulunn..mana la nak carik lagik)

8) Sepanjang majlis, Shay amat gumbira dan sentiasa tersenyum malu² konah sambil mengusha potret dan tuan empunya potret.


PENGETAHUAN AM : TAHUKAH ANDA???

1) Tahukan anda bahawa kdn Oraet merupakan ex-kelik Ijip?

2) Tahukan anda bahawa kdn Joelabu adalah ex-classmate Wai em ketika mereka study di UiTM dahulu?

3) Tahukan anda bahawa Wai em dan Setokin adalah kazen (kazen pupu²)? Mak Setokin dan Mak Wai em juga merupakan rakan kamceng ketika zaman muda belia. Semoga Setokin dan Wai em dapat meneruskan persahabatan mereka berdua.

4) Tahukan anda bahawa Spiral dan Sempoii pernah bekerja part-time (masa semester break) di kawasan yang sama di Terminal 1, Subang Airport time study dulu? Spiral kerja parking dan Sempoii kerja kat Café dan Spiral pegi Café Sempoii tetiap hari. Jarak Parking dan Café adalah lebih kurang beberapa tapak…huhuhu

SEKIAN

Disediakan oleh Sempoii
Di QC oleh Waiem

 


   25 comments

yong
June 30, 2004   10:22 PM PDT
 
dah setahun lebih.. baru aku sempat baca laporan ni. patut la aku tak tahu...semua soklan tahukah anda tu aku tak tau...uwaaaaaaaaaa
skru
May 26, 2004   12:51 PM PDT
 
tambah lagi..

Tahukah anda semasa majlis tugede2 tersebut dijalankan, leha sedang berhempas pulas di medan perbahasan menentang umah budiman *ahem*..

sekian.
shay
May 18, 2004   04:13 PM PDT
 
tahukah anda bahwa aku ngan esem satu skolah? wahahaha
Ted
May 14, 2004   04:01 PM PDT
 
lupa nak tambah satu lagi fakta.. tahukah anda semasa anak Elya mengamuk power rangers dalam perjalanan sebelum sampai ke IB, Elya terpaksa beralih arah menjadi passenger dan kereta Elya telah dipandu oleh pilot simpanan yg taktau jalan dan perlu diberitahu setiap 3 minit "terus lagi.. terus.. belum nak belok lagi.."
shay
May 12, 2004   03:43 PM PDT
 
hahaha..ted..kalau ko tanak diapit..meh tukau sama aku..aku rela...wahahaha...hormon gatai menyerang..wahahaha
sempoii
May 12, 2004   03:29 PM PDT
 
aiseymen...cemana aku leh tatau pasal adiah frem ni? kalu tak sure dah masuk review. Wai em tulun tambah bley?
Ted
May 12, 2004   03:01 PM PDT
 
Ya... hebat mmg hebat, sungguh komprehensif laporan ini.
sangat terlambat untuk memberi komen tapi tak kiralah kan jadi ted di sini nak ucapkan timekasieyyy tak terhingga kepada mereke2 yg sudi memberi prezen-prezen kepada besday girl iaitu kak iffa dan asben (berapa jam bungkus hadiah?) - ermm cantik sungguh bekas lilin itu digunakan di kala lampu padam, sempoii dan waiem yg telah berjemaah memberikan bekas kaca ala-ala utk buat aromaterapi (err betul ke) yg sgt elegan sekali serta satu lagi frame (kini menghias meja opisku) dari kak aidid, ijin, ijip dan lan. Kek ceklat nyata hebat lazat… begitu juga sandwic yg ditapau… harap-harapnya taun depan dapat la ramai lagi yg dtg patut dtg meniup lilin besday.. stokin betulla kata nak dtg tapi tak jadi hins hins (tak puas ati ni sbb dia telah membiarkan aku sorang-sorang pempuan diapit sm, antu dan joelabu)!
Terima kasih tak terhingga!
*masih terngiang-ngiang suara Yaz sound Ijin.. "jangan la tengok!"*
Mika
May 12, 2004   02:08 PM PDT
 
perghhhh..!! laporan terbaekkk.. tahniah!
oraet
May 11, 2004   03:54 PM PDT
 
pembetulan yach.. bukan kelat sepesen.. berpesen2.. har har har.. harummmmmm
Spiral
May 10, 2004   05:34 PM PDT
 
nak t-shirt gak, nak t-shirt gak.. huwaaaaa
frodo
May 9, 2004   01:11 PM PDT
 
Ni adalah rentetan perbualan aku dan yaz sewaktu membawanya melihat air terjun dan kapal hangli po di istana budaya tempohari
Uncle Fro: Yaz.. or yaz.. jom tengok air terjun nak?
yaz: yay .. nak! nak itut
Oraet: bawalah frod.. aku tahu ko ni ada tokoh jadi baby sister...
Selepas itu jalan lah aku dan yaz.. di samping memimpin tangan yaz takut2 dia terjatuh tangga maklumlah IB.. banyak betul tangganya.
Uncle Fro: yay,.. dah sampai kita yaz , meh dok atas batu ni.
yaz: cantiknya air terjun tu uncle
Uncle Fro: papa dan mama selalu bawa yaz tengok air tejun tak?
yaz: slalu....
Lebih kurang 5 minit dok kat situ & yaz pun dah boring.., maybe dia ingat nak main2 air kat situ tapi tidak di benarkan oleh Uncle Fro.
Uncle fro : Jomla kita balik yaz
Yaz: jom uncle
Sampai di pameran hang li po dekat ruang legar ..
Yaz: uncle ..jom tengok kapal !
Uncle fro: alamak.. kena dukong yaz ni, fuuhh.. sihatnya yaz ni.. ponat den...
Unce Fro: Mari kita belajar menenal kapal yaz... dalam kapal ni ada apa yaz?
Yaz: tak tahu..
Uncle frod: ha.. ada meriam , orang, layar.. sambil menujuk2 satu persatu objek dlm kapal tu
Yaz: ada orang.. meram.., laya....
Uncle: jom la kita pi dekat papa.. , ponat dukong yaz ni..... (hu hu hu)
yaz: jom.. alik...

Demikianlah drama radio fajar di bumi permata... kita jumpa lagi dilain majlis tugede gede...papai
shay
May 6, 2004   07:33 PM PDT
 
tahniah gak kerna melaporkan dgn begitu baik skali abg poi yg ensem dan wai em yg tiyut...sekurang2nya ko sudah menaikkan martabat org2 ensem abg poi..jgn lupa..kalau ada yg ensem2...bagitau aku...marilah kita usha berjemaah..lebey afdal...
Leen
May 6, 2004   04:46 PM PDT
 
aku still sedey aku tak dapat pergi walau pun aku sedara wai em :(
sempoii
May 6, 2004   01:17 PM PDT
 
kak..saya terpedaya ngan vad, dia kata kalu saya buat laporan gath ni, dia janji nak buat laporan nuang..tapi nuang tak jadi pegi..dia tipu saya kak..saya ingat tipah je yg kena tipu kak..ropenya saya pun kena tipu..
aidid5
May 6, 2004   12:36 PM PDT
 
seperti biase gath yg amat meriah n ulasan yg meriah jugek. Tahniah abg poii. Lenkali leh buat lagi ek.
elle
May 6, 2004   09:39 AM PDT
 
Haa..cakap pasal kek, kek tu sedap sangat ada taruk bahan bahan asing yang tidak boleh dimakan ke aa? ( Termusykilll lak)
elle
May 6, 2004   09:39 AM PDT
 
Haa..cakap pasal kek, kek tu sedap sangat ada taruk bahan bahan asing yang tidak boleh dimakan ke aa? ( Termusykilll lak)
elle
May 6, 2004   09:37 AM PDT
 
Satu lagi soklan pengetahuan am, tahukah anda, setokin dan Elle satu sekolah menengah duluk?
wai em
May 5, 2004   07:31 PM PDT
 
huhuhu tahniah diucapkan pd abg poii yg telah berjaya mengeluarkan bakat menulis tahap sharipah abu salem...diharap lepas ni akan muncollah bakat2 menulis ahli PFS yg lain utk repot yg akan dtg...tungguuuuu hehehe
VAD
May 5, 2004   06:33 PM PDT
 
Pembetulan gak.. baju tu bukan dipinjam dari Mohram yach.. dari Yassin tu.. Kerna Dia huhuhu
sempoii
May 5, 2004   06:12 PM PDT
 
ijin: hahah..jgn ketuk aku weih..jgn salah guna azimat jingga nanti memakan jiwa....hahaha!
Rose: nanti ada rezeki ko join skalik eh..
Oraet: patut pun kelat sepesen jer muka ko bila aku kata bayar yuran tertunggak sekalik..heheh..sorry brader..
frodo
May 5, 2004   06:04 PM PDT
 
ehh nak betulkan fakta ya.. kdn saya bertugas ptg itu..mengajar sambilan.. harap maklum
izreen
May 5, 2004   05:48 PM PDT
 
laporan yg memberangsangkan urat kentut... sekian time kasih kepada yg berusaha (YB) poii dan wai em....

p/s poii mau kene ketuk ka sama batu azimat jingga?
rosnisa
May 5, 2004   05:33 PM PDT
 
memang klas..laporan togede2...nasib baik tak putus urat perut....keh..keh..keh...aku pikir...sampai malam aku senyum....(betol ker idak org ni!!!) aku tak tahu nak komen aper lagi...kah..100 juta kali....:)

P/S : korang buatlah...experimen pegi kch lagi...cam maner...:)_
Oraet
May 5, 2004   05:22 PM PDT
 
huhuhu.. mmg bes punya laporan le..
guling2 tali perut dan juling2 biji mata membacanya.. tahniah kpd encik sempoii.. & encik waiem juga encik shay..

smoga majlis srope akan trus diadakan pd masa akan dtg..dgn ingatan bahwa saya dah bayar yaaa RM pendaftaran & bayaran tertunggak (w/pun sbenarnya nak amik belen RM tu.. tp encik sempoii dah kata gitu..kena la terima seadanya..uhukkk)

p/s: kdn & yas sdg demam.. uhuhuhu

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments