<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Blogdrive


-: :-

-: Next Page :-

Thursday, August 25, 2005
ADUH PFS



FROM MAWI TO PFS WITH LURVEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!

PFS WORLD!

Dipos jam 02:13 pm oleh : shaynina
Comments (6)

Thursday, June 09, 2005
Mari Mari AFUNDI Adik Adik - Jejaka Pink

Di samping u ols membazirkan duit u ols afundi bebudak AF3, marilah afundi poll ahkak plaks....FREE jek dek non...




Dipos jam 11:47 am oleh : shaynina
Comments (16)

Thursday, July 29, 2004
Catatan Perjalanan VAD : Kembara Redang..Macam Macam Ada

     Habis sahaja Diari AF, aku check persiapan buat kali terakhir. Yaya dah bergenang-genang air mata dah. Maka terpaksa la aku cakap yang aku ada kerja kat ofis. Tapi anak aku dah besar, dah boleh fikir. Pe hal lak nak kena bawak beg bagai gi ofis. Perkara terakhir, kena la janji nak beli macam-macam bila aku balik nanti. Nora pesan cam biasa, "Jangan nak suka² sangat, awak tu pantang dapat peluang". Ye laaa, ye laaa *mode sopan* huhuhu.
      9.30 aku dah bertolak keluar ke Wisma Bernama dengan menunggang motor bomba. Singgah kedai dulu beli stok rokok dan krim penghalau serangga. Best jugak naik motor memalam ni, jalan pun lapang. Sampai Wisma Bernama, aku park motor betul-betul depan post guard. Pesan kak Pakcik tu suh tengok-tengokkan motor aku. Beg aku letak pada kumpulan budak-budak perempuan yang dah sampai. Awal lagi, aku naik ke tingkat 4 bahagian Teknikal. Kat sana ramai budak-budak lepak sambil tunggu Samarinda. Aik, korang layan jugak?
Muka-muka keriangan dapat naik bas free       Tak sempat panas kerusi, Ziela datang dengan healernya suh turun ke bawah pasal bas nak jalan. Sampai bawah, masukkan beg dalam bas B. Ziela sempat pesan kat aku, tolong baca doa sebelum bas bertolak. Humang.. aku tak prepare apa pun, takkan nak baca doa naik kenderaan pendek tu je. Pesan la awal-awal kok ye pun. Sementara menunggu kehadiran diambil, sempat la posing-posing sambil makan langsat. Rombongan kami seramai 60 orang akan bertolak dalam dua bas. Jadi agak lapang la. Mula-mula aku duduk sebelah Zuraidi, pastu dia hilang duduk kat depan.
      Lepas dah tentu tempat duduk, kami semua turun balik bagi mendengar ucapan alu-aluan dari Pengerusi BESSAR, Dato' Zakaria Abdul Wahab. Lepas tu tak semena-mena MC panggil aku suruh baca doa. Isk.. tetiba lak datang darah gemuruh. Nak tak nak kena la aku capai healer & baca Al-Fatihah, doa naik kenderaan dan 'Ya Allah, kau selamatkan perjalanan pergi dan balik kami dan semoga kami mencapai apa yang kami hajatkan' Robbana sampai habis. Boleh? Orang tak betul tadah tangan lagi aku dah habis hehehe. Panik tetiba je. Pastu naik bas dan aku sambung baca doa sendiri-sendiri hehehe. Dah sudahhhh.. enjin bas pulak takmo hidup. Mula la terdengar suara-suara sumbang di belakang mengatakan yang tadi aku baca doa pendek sangat. Ceh, cabul sungguh mulut mereka. Turun bawah balik dan sambung makan langsat. Dekat 11.30 barulah masalah berjaya diatasi dan kamipun memulakan perjalanan. Yay! Perjalanan bermula dari Wisma Bernama memasuki Jalan Ampang dan kemudiannya menyusuri MRR2 dan terus melalui Lebuhraya Karak. Kami berhenti di sebuah stesyen minyak selepas tol Gombak dan ada penumpang dari bas B menaiki bas A dengan alasan bas A ada tayangan perdana Spiderman 2. Lantok kome la, aku naik bas dan terus tidur dengan mudahnya. Badan letih dan kegelapan malam memang situasi yang aku suka ketika berada di dalam bas.

Kemalangan dan Penantian
      Beberapa kali bas berhenti namun tak berjaya untuk mengejutkan aku. Cuma seketika itu aku rasa lama sungguh bas ni berenti dan kedengaran suara-suara orang bercakap dengan agak kuat. Aku terus turun ke bawah dan dalam keadaan mamai, dapat menangkap biji butir percakapan mereka. Rupa-rupanya bas A terlibat dalam kemalangan bersama sebuah lori balak di Air Puteh. Kami waktu itu berada di Bukit Besi atau dalam nama hensemnya, Bandar Muta'a Billah. Suasana agak kacau kerana tempat berlakunya kemalangan tersebut tidak terdapat sebarang talian untuk dihubungi, hanya talian tetap kediaman sahaja yang ada (terima kasih kepada pakcik yang memberi tumpang kepada mereka). Pemandu bas B pula tidak mahu berpatah balik dengan alasan beliau hanya mempunyai tenaga untuk ke Kuala Trengganu sahaja.
Keadaan bas A sesudah kemalangan Lokasi kemalangan       Perbincangan berlarutan sehinggalah melewati waktu Subuh. Seterusnya, selepas mengetahui yang penumpang bas A dalam keadaan selamat dan berusaha mendapatkan bas bantuan, kami meneruskan perjalanan dan aku terus melelapkan mata. Peh, senapas.
Perbincangan yang tiada kesudahan Masjid Bukit Besi yang hanya boleh dilihat       Aku terbangun kembali ketika bas berhenti di kedai Kak Pah, pantai Batu Buruk untuk bersarapan pagi. Tak lama masa yang diperuntukkan kerana kami perlu mengejar bot yang akan berlepas di jeti Shahbandar pada jam 9.30. Tak sempat gamaknya nak makan nasi dagang sampai kenyang. Kami terus bergegas ke jeti Syahbandar sambil menyumpah-nyumpah mereka yang berpindah ke bas A tetapi dalam masa yang sama tidak membawa beg sekali. Rasa nak campak je dalam laut. Detik-detik awal ketika feri meninggalkan jeti, kami galak bergambar sekali lagi. Tapi tak lama kerana ketika feri menghampiri laut lepas, mata masing-masing sudah layu dan feri yang kosong dan berhawa dingin memudahkan kami untuk berlunjur kaki. dan terlelap. Lapor po Watakunsi.. Landing Time!
Bye bye mainland! Nearrr Farrrr Werebe Yewww Arrrr Huhuhuhu Gugusan Kepulauan Redang Gugusan Kepulauan Redang Gugusan Kepulauan Redang

VAD.fotopages.com
Pehh.. Redang
      Aku tersedar ketika feri menghampiri gugusan pulau-pulau berhampiran Redang. Ketenangan air yang membiru langsung menyegarkan mata. Feri tidak dapat menghampiri pantai, lalu kami bertukar pula kepada bot nelayan. Selepas itu bertukar lagi kepada bot laju untuk menghampiri pantai. Gembira sungguh perasaan kami sehingga terlupa kumpulan bas A yang ketinggalan. Kami diberikan penerangan pendek mengenai resort
Redang Camp Site. Segala-galanya tampak menyenangkan dengan binaan dari buluh dan kayu memang menepati konsep mereka : Back To Nature. Kami juga diberitau yang rombongan bas A hanya akan tiba dengan menggunakan bot jam 3.30 petang nanti. Hidangan tengah hari tampak sungguh menyelerakan ketika perut kelaparan ditambah dengan hujan renyai-renyai. Selepas itu melabuhkan diri dan mandi di dalam bilik. Sungguh selesa katil bersaiz queen di letakkan sebelah-menyebelah bagi kemudahan 4 orang sebilik. Bilik air juga sempurna dengan pancur atas dan sinki. Yang kureng cuma bekalan elektrik bermula dari jam 6 petang sehingga 7 pagi sahaja. Selepas mandi dan bersolat, aku tidur sebentar bagi menghilangkan sisa kepenatan. Petang itu, kami sepakat untuk snorkeling di persekitaran resort. Airnya agak dalam tetapi sinaran cahaya yang menembusi air membolehkan coral dilihat dengan jelas. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kami memakai jaket keselamatan beserta snorkeling gear. Keghairahan mengejar ikan-ikan dan melihat coral yang disinari matahari membawa kami hampir 50 meter dari persisiran pantai tanpa disedari.
lawa kan? ni pun lawa Yay! Sampai Oitt.. patah balik ambik aku la snap.. snap lagi dan lagi

Yay, kawanku selamat
Muka-muka frust tak dapat main air       Rombongan bas A tiba lebih kurang jam 5 petang. Kami menyambut mereka seperti sudah lama tidak berjumpa. Berpelukan dan juga bergumpalan di atas pasir. Sampai jugak akhirnyaTopik utama sudah semestinya, "Macam mana boleh accident?" Di sebalik gambaran yang agak mengerikan, tahap kecederaan hanyalah sekadar luka-luka kecil terkena serpihan tingkap. Suasana kembali ceria dengan gelak ketawa dan kutuk mengutuk antara lain kerana rakanku Yazid terlebih berat, Razi yang bertukar dari bas B ke bas A dan membawa badi serta tak terkecuali bacaan doaku yang terlalu pendek. Ceh... kena jugak.
      Selepas minum petang dan juga solat, kami meneruskan kembali aktiviti snorkeling dan mandi-mandi secara bebas. Peluang terpisah dari anak isteri dan suasana kerja menjadikan kami seperti kanak-kanak yang pertama kali bermain pasir. Juga kelihatan pengguna-pengguna telefon bimbit yang resah mencari coverage untuk menghantar laporan masing-masing. Perlu diingatkan, talian 012 sahaja yang bermaharajalela di sini. 019 pula hanya boleh menghantar SMS (dan AFUNDI) kerana tahapnya hanya satu atau dua bar di tempat-tempat tertentu sahaja.
      Melihat matahari terbenam di tengah-tengah laut China Selatan juga merupakan pengalaman yang sangat berharga kepadaku. Rasa agak menyesal juga kerana selama ini aku tidak pernah ke Tioman, walaupun sebulan sekali aku pulang ke Mersing. Matahari perlahan-lahan meyembunyikan dirinya di celah-celah gigi air yang kebiruan bagi memberi laluan kepada malam untuk berlabuh. Pehhhh...
Uuuuuuuu hmmmm aaaaaaaaaa woowwww

Malam di Long Island, Long Beach la!
      Selepas makan malam yang menyelerakan, sempat menyaksikan sebahagian sahaja dari Diari AF Bila nak habis ucapan ni TukkEh bukan Long Island ek?Yeba yeba andreeemelalui rangkaian Astro yang disediakan. Dato' Z sekali lagi memberikan ucapan dan sebenarnya bercerita mengenai detik-detik mencemaskan ketika kemalangan berlaku. Selepas Long Beach itu Dr. Simon pula mengambil alih bagi memberi penerangan akan program Team Building yang akan diadakan esok. Sheikh selaku MC Gambar.. gambarpula mengumumkan yang kami akan ke Long Island dan beberapa kali perlu diperbetulkan kerana ianya adalah sebenarnya Long Beach. Kami kemudiannya menaiki bot nelayan untuk ke sana.
      Benarlah seperti yang digambarkan bahawa Long Beach boleh diibaratkan seperti Bintang Walk di Kuala Lumpur. Malamnya hidup dengan cahaya serta beraneka deretan pusat hiburan, kedai cenderahati serta gerai makanan. Di sini juga terdapat hotel bertaraf 6 bintang iaitu Laguna Redang Island. Rombongan kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di tepi pantai, bermain fusball serta melihat para remaja dari Singapura dan Kuala Lumpur terkinja-kinja mengikut irama disco canto pop. Hmm, ini baru betul dinamakan Beach Club.

Titanic, U Jump I Jump!
      Kami pulang pada jam 12.30 menaiki bot yang sama. Oleh kerana paras air yang surut maka kami terpaksa bertukar kepada bot laju untuk ke tepi pantai. Aku bersama rakan sekerjaku seramai 5 orang dan juga PA kepada Dato' Z, Suriati (ahem) memilih untuk menjadi orang yang terakhir sekali menaiki bot. Dalam bot yang kecil dan beroleng-oleng, kami menyanyikan lagu 'Dayung sampan, dayung dayung sampan' dengan gembira sekali. Tanpa diduga semasa bot melakukan manouver ketika sampai di gigi air, Yazid tanpa semena-mena cuba terjun dari bot. Kami yang lain terpinga-pinga dan cuma sempat menyebut "Ehhh, ehhh" sebelum bot tiba-tiba terbalik. Suasana yang berlalu pantas ketika bot berada 2 kaki dari gigi air lebih mendatangkan kelucuan dari perasaan cemas.
      Sambil ketawa kami terus menuju ke tepi pantai. Dari sana, pelbagai pertanyaan terpaksa dijawab kerana pada mereka, kejadian itu begitu mencemaskan dilihat dari darat. Sekali lagi Yazid menjadi mangsa kerana dia juga turut berada di dalam bas A yang kemalangan. Hari yang berlalu begitu meletihkan tambahan pula kami perlu bangun awal untuk memulakan sessi Team Building pada keesokannya. Namun ada juga yang berdegil dan bersengkang mata untuk menyaksikan Puntianak Harum Sundal Malam di dewan menonton. Aku? Mendengarkan suara pontianak mengilai sudah cukup untuk membuatkan aku bergegas naik ke bilik dan terus tidur.

VAD.fotopages.com
Pagi yang mendamaikan
      Selepas solat subuh aku terus bergegas dengan membawa kamera dan tripod ke tepi pantai. Benar seperti dijangka, agak sukar untuk melihat matahari terbit di celah-celah
lawa kan? lawa kan? lawa kan? lawa kan? lawa kan?
lawa kan? lawa kan? lawa kan? lawa kan? lawa kan?
gigi air. Keadaan awan yang tebal serta berbalam merah akan memungkinkan matahari nampak terbit secara tiba-tiba. Rupanya bukan aku sorang sahaja yang menunggu di tepi pantai pagi-pagi ini.Sungguh damai keadaannya pagi ini sehingga terlupa akan kehidupan yang ditinggalkan di daratan. Aku bergegas untuk naik ke bilik dan mandi kerana sessi Team Building akan bermula seawal 8.15 pagi.

Marey Membina Pasokan
      Sessi dimulakan oleh Dr. Simon dengan kegiatan-kegiatan rutin seperti ice braking, IQ test dan kepentingan kerja berpasukan. Agak hampir sama dengan yang pernah aku hadiri cuma kaedahnya berlainan. Berbangga juga dalam satu ujian, aku sorang sahaja yang dapat menjawab dengan tepat. Dapat la button sebagai hadiah. Lepas tu bermulalah sessi berkumpulan dan aku satu team dengan Dato’ Z dalam group Barracuda. Pagi tu kami buat commando’s game & farmer’s game. Seperti yang dijangka, group aku yang paling sempoii dan hampir membolot semua kejuaraan. Kenapa? Tak percaya?
Pasokan BESSAR yang besarewah bang ewahhh      Dengan badan yang dibasahi air laut serta pasir halus pantai, tak ramai yang naik ke bilik semasa rehat tengahari. Solat boleh jamak, niat baik kan hehehe. Selepas makan tengahari sementara menunggu program bersambungamenda la nak buat dengan tali nih kembali, ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Mentang-mentang era digital, sekejap segerombolan berada di gigi air, sekejap segerombolan lagi di kawasan berbatu. Begitulah kesudahannya kami menghabiskan masa rehat tengahari.
      Jam 2.15 program bersambung kembali dengan post mortem aktiviti yang berlangsung pagi tadi. Selepas itu kami beralih ke sukaneka pantai. Mata yang semakin mengantuk dan badan yang keletihan seakan tidak terasa ketika Dr. Simon mengumumkan yang segala schedule akan dihabiskan petang ini juga bagi membolehkan kami menikmati hidangan BBQ dan menonton siaran langsung AF tanpa gangguan. Yay! Lagi sekali.
      Kami kembali bersemangat untuk menghabiskan program. Acara diakhiri dengan 'Simpulan Manusia'. Nampak mudah diatas kertas tetapi hakikatnya semua peserta perlu berdiri selari dengan tali yang memanjang terhampar. Kemudiannya tali yang panjang itu berlu disimpul menjadi sebuah simpulan Buku Sila tanpa melepaskan pegangan masing-masing kepada tali. Di sinilah terpancarnya sikap masing-masing yang ingin menjadi ketua tetapi tidak mengetahui apa yang dipimpinnya. Ditambah lagi dengan cabaran dan hasutan yang dibuat oleh Doktor Simon yang menggambarkan perkara sebenar yang boleh terjadi di dalam organisasi. Tetapi akhirnya, segala masalah berjaya diatasi atas semangat berpasukan. Syabas!

gambar dalam air pulakdegong² yang terkaparni nak masuk paper mana bang?
Snorkeling Sekali Lagi
     Tamat sahaja program dan selesai solat jamak berjemaah, kami menyambung kembali aktiviti snorkeling. Walaupun sudah agak petang namun sinaran matahari yang menembusi laut tetap kelihatan indah. Kami menghabiskan petang terakhir di Redang dengan menyaksikan matahari perlahan-lahan hilang di balik lautan. Sungguh indah sekali.

BBQ Di Dalam Hujan, Konsert AF dan Peminat Zarina Yang Kuciva
      Hujan lebat semasa Maghrib menyentakkan perasaan. Angin terasa begitu kuat. Aku dan beberapa rakan segera turun selepas solat kerana ingin mengambil port menonton yang terbaik di hadapan sekali. Tetapi agak mengejutkan kerana sudah ramai rupanya yang turun dan beratur dengan pinggan masing-masing untuk mengambil hidangan BBQ yang disediakan. Benar kata orang, hujan mengundang kelaparan. Tempat duduk di lantai sudah penuh rupanya dengan mereka yang makan bersila. Aku dapat juga seat yang agak selesa tapi terkebelakang sedikit. Ramai yang mengeluh kerana siaran Astro tidak diterima ketika hujan lebat sebegitu. "Ah, sudah.. dapat ke tak nak tengok ni" Aku ingat aku antara segelintir peminat AF, rupanya ramai lagi yang mengambil kesempatan sambil menjamah BBQ. Topik utama tidak lari daripada siapa yang sepatutnya keluar malam ini.
      Penantian kami berakhir apabila siaran sempurna tanpa gangguan tepat pada jam 8.30 malam. Hujan masih renyai-renyai tetapi nampaknya tiada gangguan siaran. Dewan mula dipenuhi dan tanpa disedari, rupanya sorakan penyokong AF melebihi final Euro 2004. Mungkin kerana menonton beramai-ramai dan saling berbalas kutukan menjadikan Konsert AF kali ini begitu bermakna. Tetapi akhirnya penyokong Zarina juga yang kuciva va va. Langit tidah selalunya cerah dan semuanya sudah jadi sejarah.
berdebar menunggu hujan reda hoyeeee ada siarann!! menuju puncakkk impian di hateyyy berdebar menanti keputusan wajah-wajah muram penyokong Zarina yang kuciva sidang Redang Idol.. punya la ramai pengomen
      Selepas konsert berlalu kami berkaraoke dan kemudiannya diikuti dengan tayangan larut malam Puntianak Harum Sundal Malam. Bergegar Pulau Redang dengan sistem bunyinya tatkala hantu Meriam mengilai sehingga tak ramai yang mahu menonton sehingga habis hehehehehe. Aku kembali ke bilik tatkala jam hampir ke pukul 3. Bila bunyi bersatu (dengkuran beramai-ramai) kau milikku (hapenya? nak tido pun susah.. dengkuran stereo).

VAD.fotopages.com
Marine Park Redang
     sempat posing lagi tupantang sungguh nampak orang ada kameraSukar untuk melelapkan mata malam tadi biarpun badan keletihan. Pun begitu, pagi itu aku bangun awal dan kembali mencari sudut-sudut menarik untuk lensa kamera. Pagi ini kami ada lawatan ke Marine Park di Pulau Pinang. Huh? Bukan pulau tu, ini pulau berdekatan Redang aje. Menurut penganjur, kami perlu pergi seawal yang boleh kerana tempat itu akan penuh dengan pelancong menjelang jam 10. Selepas bersarapan pagi dan bergambar (lagi!) kami terus menaiki bot untuk ke Marine Park. Pengalaman baru ini sungguh menarik bilamana dapat memberikan ikan-ikan ini makan roti di atas telapak tangan sendiri. Ikan-ikan di sini sungguh manja dan jinak. Di dasar juga kelihatan beberapa ekor kerapu gergasi sedang mengintai mangsa.
     Menjelang sahaja pukul 10, tempat itu sudah penuh dengan pengunjung-pengunjung yang lainnya. Mujur kami sudah mahu pulang. Ramai sungguh anak-anak ikan yang berkeliaran ketika itu hehehehe. Semasa di dalam bot ketika perjalanan pulang, kami diberikan penerangan ringkas tentang ketibaan feri menjelang pukul 1 tengahari nanti. Sesampainya di resort, aktiviti mengemas pulang dilakukan dengan gegak gempitanya.
dalam perjalanan ke Marine Park sampai pun kat sini la kita nak selam-selam kat jeti ni nanti sume turun yeee best-best ikan-ikan yang jinak

     Dalam perjalanan pulang, sempat mengabadikan beberapa shot untuk kenangan. Rasa macam tak nak balik pun ada, tapi kang sapa nak buat karangan suruh orang ke Redang? Cerita banyak pun tak guna, tengok sajalah gambar-gambar berikut dan fikirkan bila anda mahu ke sini.

Untuk tatapan yang lebih memuaskan, bolehlah layarinya di sini.


Pulang, marilah Pulang
peta PUlau Redang      Selepas makan tengahari kami berkumpul semua dengan pengurusan resort yang mengucapkan terima kasi dengan kehadiran kami.oit.. cepat la, orang lain pun nak balik gak bergambar lagi *nada dah boring* Sementara menantikan kehadiran feri, sessi bergambar sekali langi diadakan selagi bateri belum habis. Tak banyak perkara yang berlaku dalam perjalanan pulang kerana masing-masing sudah keletihan dan berharap dengan melelapkan mata agar perjalanan akan menjadi lebih cepat.
      Perjalanan pulang melalui Marang - Dungun (kampung Ijip Wan) - Kijal - Paka - Kemaman sebelum memasuki Kuantan. Mungkin mengambil iktibar atas kemalangan tempohari pemandu bas mengambil langkah berhati-hati dan tidak memandu laju. Akhirnya, kami selamat sampai di Wisma Bernama pada jam 12.30 tengah malam.
huhuhu syoknye tidoo
even awek cun ni pun frust takde sapa boleh diajak berborak
uik gelap dah.. *sambung tido*

Wednesday, May 05, 2004
Laporan Majlis Tugede-gede di IB

MAJLIS TUGEDE-GEDE DI CAFÉ JALAMAS ISTANA BUDAYA


Alhamdulillah…setelah ditunda beberapa kali, akhirnya majlis sambutan Hepi Besday untuk ahli PFS bulan Mac dan April telah berlangsung dengan jayanya di Café Jalamas, Istana Budaya pada 24th April 2004 hari Sabtu bersamaan 4 Rabiulawwal 1425.

Tepat pukul 3.15pm, Elya, Ted dan Sempoii (naik keta Elya) tiba di Café Jalamas tanpa disambut oleh sesapa kerana mereka merupakan ahli PFS yg terawal hadir di majlis tersebut. Kak Aidid, Lan d’Mika, Ijip dan Frodo muncul 15 minit kemudian di mana Frodo datang melenggang kangkung (seperti biasa, tanpa membawa kdn) sambil menjinjing Mee hoon Kak Aidid (tauge asing). Sementara menunggu ahli yg lain tiba, kami melepak di dlm café sambil membincangkan pelbagai isu terkini termasuklah pattern barang kemas terbaru di pasaran (model Ijip sambil menayangkan “cincin baru”nya), mengenai hantaran² perkahwinan yang terkini hinggalah kepada isu harga kamera digital dari yang murah hinggalah yg mahal². Pasangan romantika d’ Amor Kak Iffa dan Abg Shalim muncul kemudian sambil membawa hadiah² yang berbalut cantik. Menurut Kak Iffa, beliau telah menghabiskan masa separuh hari di Ikea semata² untuk mencari hadiah besday boy/girl.

Walaupun cuaca agak panas ketika itu, namun kami telah mengambil keputusan muktamad tiada talian hayat untuk mengadakan majlis tugede-gede di kawasan luar Café dimana kami boleh berbual (baca: berborak, bergelak ketawa dan mengumpat) tak henggat dunia tanpa menganggu ketenteraman awam pengunjung² di dalam Café tersebut. Abg Shalim, Lan d’Mika dan Frodo ditugaskan untuk menyusun meja²  manakala yg lain² masih tetap berbual dan buat² tak nampak yang mereka sedang menyusun meja.

Wai em tiba dengan baju hitam lip-lapnya (yang juga dipakai ketika menghadiri majlis AIM pada waktu malam) beberapa minit kemudian dengan mood yg kurang stabil. Tanya sepatah jawap ½ patah, tanya 2 patah dijawap sepatah. Setelah post mortem dilakukan, baharulah diketahui bahawa beliau telah menghadapi sedikit masalah dgn beberapa org di luar sana ketika berurusan membeli hadiah.. (hmm sabar..) Kemudian muncul pula Vad, kdn (Nora) dan Yaya, Vad dan kdn kelihatan sungguh anggun berbaju sedondon berwarna putih ala² kumpulan Mohram la plak.

Ketibaan Kenari merah berkilat membawa Ijin ke IB, di iringi dengan sorak sorai oleh kami yg tak pernah nengok kereta barunya. Joelabu tiba seorang diri dan beliau meminta maaf kerana kdn tidak dapat hadir sama kerana tidak berapa sihat sejak berbadan dua. (Tahniah kerana bakal terima baby lagi..) Kemudian, SM tiba beberapa minit kemudian. Pastu Oraet hadir membawa kdn dan anaknya yg cukup comel, montel dan keletah. Sempoii bertanya kepada Oraet apa nama anak dia dan Oraet menjawap lebih kurang nama dia (Oraet). Maka kami pun meneka² nama anaknya..Nama² seperti Ok, Yes, Allright keluar dari mulut kami..rupa² nama yang kita cari ialah “Yas”..hmm..ada lebih kurang ke ngan nama bapak dia? Mungkin ada ala² “Yes”. Logik jugak..

Shay muncul jua dihantar oleh Bebehnya, tak lekang dengan senyuman dan sungguh petah (baca:laju) bila berkata². Macamana beliau di dalam tag, begitu juga perlakuan beliau diluar sana. Tiba² ijin menerima satu panggilan telefon dr seseorang dan beliau terus menuju turun ke arah parking. Kami saspek Antu ingin berjumpa dengannya personally dan benar kata kump Umbrella bahawa “ramalanku benar belaka” apabila Antu yang berbaju kotak² dan memakai topi paras hidung dilihat berjalan² dikawasan parking menuju ke arah Ijin. Pada ketika ini, suasana menjadi sungguh havoc di mana para Paparazi dan mamarazi bertungkus lumus mengambil shot² menarik gambar pasangan tersebut untuk diletakkan di moblog masing² dan juga sebagai koleksi peribadi.. mungkin juga akan dibuat dalam bentuk VCD.. hehehe…Hasil tangkapan gambar² tersebut sungguh menakjubkan ada ala² edisi siasat. Cara antu berjalan ke arah kami sambil menundukkan kepala ala² perogol bersiri yang baru keluar mahkamah telah menimbulkan sedikit kontroversi dikalangan kami di mana perlakuan tersebut sungguh cemerlang dan mempunyai harapan yang cerah untuk menjadi stand in kpd pesalah² yg memerlukannya.

Makanan telah tersedia sejak pukul 3.30pm lagi maka tanpa membazirkan waktu dengan sia², kami mulakan agenda makan dengan bacaan doa oleh diri masing. Menu kali ini agak banyak dan kami berusaha bersungguh² untuk tidak membazir pada majlis kali ini. Berusahalah Senchan…

· Nasi Goreng Cina
· Mee Hoon Goreng  – sedap lagi mee hoon kak aidid, tauge asing tu.
· Drummet Ayam
· Salad Lapis 
· Samosa Ayam – hah!! AYAM?? Sempoii dah makan 5 ketul..abis la dia.
· Sandwich Tuna
· Makaroni Bakar – ada org ingatkan meggi ropenya macaroni.
· Lompang Lapis  – lompang lapis yang tiada lompang di tengahnya.
· Cream caramel  – yang ni best.
· Buah Campuran  – tumpuan utama mereka² yg sedang diet..huhuhu..
· Kopi / Teh / Kordial – kordial dia rasa cam air kosong ditambah kaler merah.
· Kek Besday Coklat (ada bunga orkid kat atas) –  Ni ajer la yg satu² nya yang settle sebelum majlis berakhir.

Oleh kerana lokasi meja makanan terletak jauh dari meja makan, maka kami telah mengambil inisiatif berguna dengan menghantar Joelabu dan Frodo mengangkut makanan² dari meja makanan yang nuuun jauh di sana ke meja kami. Kelebihan tindakan ini ialah masa berulang alik dapat dikurangkan dan masa untuk makan dapat ditambahkan.

Beberapa panggilan dibuat untuk men”trace” kedudukan lokasi ahli² yang belum tiba. Telepon Setokin 4 kali, 3 kali masih on the way, dan kali ke-4 tetiba ada hal mengejut di saat² akhir maka tak dapat hadir. Cqeng tidak dapat hadir ada hal katanya. Spiral pula lagi la haru, dah nak dekat sampai IB tetiba ada tetamu nak datang umah. Ye lah kan..nak buek camano…

Vad meminta diri untuk pulang kerana sedaranya meninggal (kazen kepada kazen dia) dan menurut beliau, beliau ditugaskan untuk membaca doa setelah talkin. Kekecewaan dapat dilihat di wajah Yaya kerana tidak sempat makan kek. Kesian Yaya.

Agenda yg ditunggu² iaitu potong kek dimulakan pada pukul 4.30pm setelah mendapat konpemesen bahawa besday girl cqeng dan tokin dan juga besday boy spiral, tidak dapat hadir kerana masalah² yg disebut tadi. Hanya 4 org besday boy/girl saja yang diraikan pada hari tersebut iaitu SM, Antu, Joelabu dan Ted. Dipercayai, Antu lah yang paling “berusia” di antara mereka yay. Empat lilin dinyalakan mewakili 4 org besday boy/girl yg diraikan dan setiap mereka meniup satu lilin sajer..huhuhu..Kemudian anak Oraet diberi penghormatan untuk meniup sekali lagi lilin² tersebut siap ada sound effect lagi…Tiup..jangan tak tiupp dik non..

Kek Coklat tersebut terlalu sedap utk didescribe. Rasanya masih terngiang² di tekak kami walaupun ianya telah hampir satu minggu berlalu. Sungguh sedap sehingga menjilat kuku (kuku tangan yaa). Dalam banyak² makanan yang ada, hanya kek sahaja yg berjaya disettlekan sebelum majlis berakhir dan sebelum sempat ditapau oleh penapau² professional.

Upacara penyampaian hadiah kepada besday boy/girl berjalan dengan suasana amat meriah. SM menerima potret gambar wajahnya (gajah?)  dr ahli PFS yang disampaikan oleh Shay dengan senyuman meleret malu² konah. Kak Iffa menghadiahkan “Lampu Aladin“ kepada semua besday boy/girl (utk yg tak datang pun ada, tapi kena tuntut sendiri dr Kak Iffa yach). Antu menerima botol susu besar berisi Senchan di dalamnya sebagai menghormati minatnya yg amat mendalam tanpa batasan alam terhadap kartun Jepun tersebut. Joelabu pula menerima t-shirt “Pontianak Harum Sundal Malam” dr wai em dan sempoii. Jangan lupa, felem ini akan berada ditayangkan di pawagam² pada bulan Mei ini yach (ni iklan free). Pemilihan baju ini dibuat tiada kena mengena dengan sesapa yg hidup atau yang mati…atau pun tiada kena mengena dengan wajah sesapa. Setelah acara memberi dan menerima hadiah, perut pun secara tak langsung telah di”defrag” sekali lagi, maka kami menyambung makan belen² apa yang ada sambil menyambung berbual yang tergendala sebentar di atas agenda yang baru langsung tadi.

Pada pukul 5.45pm, maka berakhirlah majlis gilang gemilang ahli terbilang PFS pada kali ini. Makanan masih banyak di atas meja dan bermulalah acara menapau oleh penapau² professional. Ini adalah kerana, pihak café telah menyediakan makanan termasuk untuk mereka yang tidak hadir disaat² akhir. Seorang demi seorang pulang dan akhirnya cuma tinggal Frodo, kak Aidid, Ijip, Lan d’Mika, Wai em dan Sempoii. Acara bertukar² buku cerita berlangsung sebelum pulang ke destinasi masing².

Keseluruhannya majlis ini telah mencapai sebahagian objektifnya iaitu untuk mengeratkan silaturrahim dan bertukar² fikiran sesama ahli. Mengenai pembaziran makanan, ini adalah diluar kawalan kita namun ketidakhadiran beberapa ahli agak  mengecewakan ahli² lain seperti Oraet dan Joelabu yang pertama atau kedua kali join majlis seperti ini. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

9 Perkara² yang berlaku sepanjang majlis tersebut yang anda perlu tahu:-

1) Elya terpaksa menunggu anaknya selama ½ jam dalam keta kerana menunggu anaknya Mira bangun tido, selepas meragam disepanjang jalan dari Emkop ke IB.

2) Vad memakai pakaian sedondon dengan kdnnya Nora, berbaju putih nusantara. Macam pinang dibelah 36. Sepanjang majlis, Vad berada di mode kesopanan melampau di tahap dewata. Ataupun kalau mengikut istilah Kak Iffa  ialah “Sopan tahap CTT” (sila rujuk Kak Iffa utk translation).

3) Lan d’ Mika selaku paparazzi yang paling aktif dlm majlis tersebut, sanggup turun dr Kuale Kangsar ke KL untuk memeriahkan majlis kali ini dan menjalankan tugas paparazi yang berkaliber di seantero alam. Beliau juga sempat merakamkan adengan mengumpat beberapa orang rakan. Tu kalau masuk court memang senang² kes boleh menang, ada gambar ngan sore skalik. Bravo untuk Lan d’ Mika, good job!

4) Ijin bukan sahaja membawa Kenari merahnya, malah memakai rantai nusantara yang loketnya sebesar tapak tangan Yaya sebagai satu senjata dan peringatan kpd org² yg suka membulinya. Ini dapat dilihat kerana sepanjang majlis tersebut dia asyik mengungut nak pukul org yg buli/kutuk dia dengan loket tersebut. Walaubagaimanapun niat tak murni tersebut tidak berhasil kerana dia masih menjadi point utama utk dikutuk selain Shay…hahaha!

5) Anak Oraet, Yas (adik OK, kata Sempoii) sangat comel. Dia sempat memberi satu peringatan beharga kepada kami semua. Dia kata “abah cakap jangan sebut kau..aku…tak baik.." hmmm korang ingat tu.. Selain itu, Ijin juga kena smash sekali ngan adik OK kerana suka tengok² dia, sambil berkata “Jangan pandang” dengan nada serius. Straight to the point sungguh anak Oraet ini tak macam abah dia…huhuhu

6) Frodo sempat bercerita mengenai “Air Terjun dan kapal²” kepada anak Oraet. Mungkin Frodo boleh memberikan serba sedikit sinopsis cerita tersebut kepada kita..Encik Frodo dipersilakan.. (tepuk 3x)

7) Sehingga ulasan ini ditulis, besday boy antu masih nak kan t-shirt “Pontianak Harum Sundal Malam” (tulunn..mana la nak carik lagik)

8) Sepanjang majlis, Shay amat gumbira dan sentiasa tersenyum malu² konah sambil mengusha potret dan tuan empunya potret.


PENGETAHUAN AM : TAHUKAH ANDA???

1) Tahukan anda bahawa kdn Oraet merupakan ex-kelik Ijip?

2) Tahukan anda bahawa kdn Joelabu adalah ex-classmate Wai em ketika mereka study di UiTM dahulu?

3) Tahukan anda bahawa Wai em dan Setokin adalah kazen (kazen pupu²)? Mak Setokin dan Mak Wai em juga merupakan rakan kamceng ketika zaman muda belia. Semoga Setokin dan Wai em dapat meneruskan persahabatan mereka berdua.

4) Tahukan anda bahawa Spiral dan Sempoii pernah bekerja part-time (masa semester break) di kawasan yang sama di Terminal 1, Subang Airport time study dulu? Spiral kerja parking dan Sempoii kerja kat Café dan Spiral pegi Café Sempoii tetiap hari. Jarak Parking dan Café adalah lebih kurang beberapa tapak…huhuhu

SEKIAN

Disediakan oleh Sempoii
Di QC oleh Waiem

 



Dipos jam 05:03 pm oleh : shaynina
Comments (25)

Wednesday, April 21, 2004
Jemputan Ke Majlis Tugeder-geder

MAJLIS TUGEDE-GEDE PFS

 

Tempat : Café D’Istana Jalamas,

Istana Budaya, Jln Tun Razak,

Kuala Lumpur

Hari : Sabtu

Tarikh : 24hb April 2004

Jam : 3 – 5.30 petang

 

1.          Pengenalan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kpd rerakan PFS sekalian yg makan dipinggan, minum di cawan dan dikasihi selalu. Ya bertemu lagi kita sekali lagi, semoga kalian berada di dalam kandungan yg sihat dan dilindungi Allah selalu hendaknya disisi keluarga tercinta dan kerja tersayang. Adalah perkhabaran ini diutuskan kerna ingin mengundang saudara/I semua ke suatu majlis yang gilang gemilang cemerlang. Bersama ini saya akan menyenaraikan serba sedikit informasi yg perlu saudara/i ketahui sebelum majlis bermula.

 

2.          Objektif Majlis

 

  • Meraikan bulan harijadi Mac dan April kpd ahli2 yang lahir pd bulan tersebut (Mac 5 org, April 2 org)
  • Mengenali rakan setag zonk bod, tek amerika, blogspot, YM, potopajes, dll pd sapa yang masih belom bertentang mata antara satu sama lain
  • Alasan utk berjumpa-jumpaan dan beramas mesra
  • Bertukar-tukar pendapat (cth : ttg kemra), minta pandangan (cth : cara2 benti rokok yg effektif, hantaran kawen, tips rumahtangga, pilihan rumah yg ideal, cara2 nak groom kete kenari), berborak2 (cth : pasal ikan koi ke) dan lain-lain perkara
  • Bergossip psl sape pengganti Cik Baha(yayyy) ,topik panas Azza n Nija dan Nurul (ni musti tak dpt ni….)
  • Berbincang tentang perjumpaan akan datang (Kak Iffa ni)
  • Errr….lastly mengutip yuran tertunggak :D

 

 

3.       Menu Makanan dan kos

  • Nasi Goreng Cina
  • Mee Hoon Goreng (pasti tak leh lawan Kak Aidid punya ni ;))
  • Drummet Ayam
  • Salad Lapis
  • Samosa Ayam
  • Sandwich Tuna
  • Makaroni Bakar
  • Lompang Lapis
  • Cream caramel
  • Buah Campuran
  • Kopi / Teh / Kordial
  • Kek Besday  (hidangan istimewa)

 

Kos utk seorg RM15 sahaja

 

4.       Pembayaran 

  • Boleh dibayar pd sebelum atau selepas majlis bermula; ATAU
  • Memebengtuyu saudari Waiem pd hujung bulan mengikut kondisi poket memasing; ATAU
  • Bebila masa la ikut sukati anda

 

5.       Pakaian 

  • Sopan, kemas, cantek, lip lap lip lap, vogue, up-to-date.
  • Yang lelaki kalu nak tampak ensem pakailah kot yach :D
  • Peringatan dr pihak penganjur : elakkan memakai baju kaler merah.

 

6.        Kehadiran

Kpd yang masih 50-50 utk dtg, diharap dpt memberi pengesahan kehadiran sebelum ari Sabtu ni, selewat-lewatnya hari Jumaat jam 3 ptg utk memudahkan tukang masak nak bajet makanan.

 

7.        Penutup

             

Selamat bersantaiiiiii!!!!! Datang jangan tak datang!

  

Yang menjalankan tugas,

Waiem

ymaulai@yahoo.com

 

Setelah di audit oleh,

Kak Aidid Water Price


 


Dipos jam 10:32 am oleh : shaynina
Comments (9)