<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Blogdrive


-: Previous Page :-

-: :-

Friday, April 02, 2004
Ulasan F1 : Sepang, Malaysia

oleh Mika
Pusingan ke-2 Formula 1 di Sepang musim ini telahpun berakhir pada hari Ahad lepas yang juga merupakan hari mengundi untuk rakyat Malaysia. Ini telah menyebabkan kehadiran penonton tempatan kali ini ternyata sedikit berkurangan daripada sasaran awal SIC. Namun begitu, GP kali ini tetap meriah dengan kehadiran penonton asing yang agak ramai seperti biasa. Michael Schumacher dan Ferrari nyata berada dalam kedudukan terbaik untuk menjarakkan kutipan mata dari pesaing-pesaing lain. Kemenangan Schumacher di Melbourne yang juga kejayan 1-2 Ferrari dengan Rubens Barrichello di tempat ke-2 telah memberi amaran awal kepada pasukan lain yang bertanding. Di masa yang sama, litar Sepang yang panas pada kebiasaanya memberi kelebihan kepada pengguna tayar Michelin. Ini membawa persoalan sama ada ... baca seterusnya

Dipos jam 04:54 pm oleh : naruto
Comments (2)

Tuesday, March 23, 2004
AFUNDI AFPILIHANRAYA

Diulas oleh Encik Frodo

Pilihanraya telah berakhir dengan selamatnya, tiada kekecohon, rusuhan ataupun malapetaka yang boleh menyebabkan negara menjadi huru hara seperti yang berlaku di Sepanyol ataupun di Taiwan . Sudah menjadi lumrah bagi wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat haruslah berkerja keras dalam membangunkan kawasan yang di wakilkan oleh mereka seperti yang dijanjikan pada setiap kempen yang di adakan.

Pilihanraya kali ini adalah buat kali keduanya saya mengundi dan kali ini saya mengundi di tempat saya bermastautin iaitu di kawasan P100 - Pandan dan N21 - Cempaka. Umum mengetahui bahawa kawasan ini merupakan kawasan yang paling panas pada hari undi dengan begitu ramai pengundi yang tidak boleh mengundi di sebabkan kesilapan teknikal atau maklumat tepat pusat pengundian yang perlu bagi setiap pengundi.

Pada pemilihan kali ini, saya telah pergi bersama-sama dengan...baca seterusnya

Dipos jam 03:46 pm oleh : shaynina
Comments (6)

Laporan Pesta Masak-Masak Episod Yang Pertama

-: Oleh Setokin




Pada hari Sabtu, 13 Mac 2004 yang lepas, satu pesta masak-masak telah diadakan di apartmen tidak mewah Setokin selepas ramai anggota-anggota PFS menceritakan tentang kesedapan mi hun goreng (atau, kalau mengikut orang Johor *Hidup Johor!*, “mi siam”) Kak Aidid. Rumah Setokin telah dipilih di atas alasan yang Markonah boleh diajak untuk mengemas rumah.

Dengan persetujuan ramai pihak (kecuali Encik Vad,) yang tidak dapat menghadiri majlis keramaian tersebut kerana terpaksa balik ke kampung di Mersing, maka berasa amat dengki kerana tidak dapat merasa Mi Hun Goreng Sedap Kak Aidid). Menu yang telah disajikan pada majlis tersebut adalah seperti berikut:

Mi Hun Goreng Sedap Kak Aidid
Mi Hailam yang belum di test kesedapannya
Pasta
Air Tembikai
Buah Tembikai dan Papaya
Jajan (atau, di dalam kata Mat Salleh nya, “tid bits” atau “snacks” atau “munchies”).

Pesta Masak-Masak Part One telah bermula dengan kehadiran Kak Aidid dan lima orang angkatan tenteranya bersama Ijin pada pukul 4 lebih selepas mereka puas menonton “American Idol” di kotak TV. Mereka membawa bahan-bahan untuk memasak Mi Hailam dan Mi Hun Goreng dan buah tembikai. Ijin, yang sepatutnya... baca seterusnya

Dipos jam 10:38 am oleh : naruto
Comments (9)

Wednesday, March 10, 2004
Ulasan F1 : Melbourne, Australia (2004)

Oleh Mika


ulasan bergambar di Spiral

   Kedudukan Pembuat 2004

  Kedudukan  Nama Pembuat  Mata
 1  Ferrari  18
 2  Williams-BMW  9
 3  Renault  8
 4  BAR-Honda  3
 5  McLaren-Mercedes  1

Satu dominasi mutlak. Itulah yang dapat diperkatakan tentang penguasaan pasukan Ferrari yang menyaksikan Michael Shumacher dan Rubens Barrichello menduduki tempat pertama dan kedua di GP Australia, Melbourne Park pada hujung minggu yang lepas. Dalam semua sessi yang berlangsung - masing-masing 2 sessi latihan bebas pada Jumaat dan Sabtu, diikuti 2 sessi kelayakan pada hari Sabtu dan perlumbaan sebenar pada hari Ahad (7 sessi keseluruhannya), Ferrari telah berjaya menduduki tempat pertama dan kedua, kecuali hanya pada sessi latihan bebas ke-4 dan sessi kelayakan pertama. Michael Schumacher pula hanya sekali tidak menduduki tempat teratas iaitu ketika sessi kelayakan pertama. Begitulah dominannya pasukan Ferrari ketika GP pembukaan bagi perlumbaan Formula 1 untuk musim 2004 ini.
Kedudukan Pemandu 2004 
  Kedudukan

  Nama Pemandu

 Mata
 1  Michael Schumacher  10
 2  Rubens Barrichello  8
 3  Fernando Alonso  6
 4  Ralf Schumacher  5
 5  Juan Pablo Montoya  4
 6  Jenson Button  3
 7  Jarno Trulli  2
 8  David Coulthard  1
Bermula pada sessi latihan bebas hari Jumaat, kehebatan... baca seterusnya

Dipos jam 04:45 pm oleh : naruto
Comments (6)

LAPORAN EKSKLUSIF LAWATAN KE BAGAN LALANG

 
-: oleh ymaulai

Hari Sabtu

Alhamdulillah, maka selesailah sudah sessi lawatan sambil makan sifud dan sambutan besday Cik Kiah di Bagan Lalang, Sepang pada hari Sabtu 28hb Februari 2004. Hatta, segalanya telah berjalan dengan lancar walaupun aturcara majlis telah dirombak sedikit sebanyak mengikut keseswaian waktu ahli2 utk memulakan perjalanan. Terima kasih kepada semua ahli PFS yang sudi hadir (err kalu korang tak hadir sapa lagi..takkan toni spider kot huhuhu) Orang yang pertama skali sampai di Bagan Lalang tanpa sesat ialah Frodo * tepuk tepuk * Tahniah diucapkan. Kemudian diikuti dengan Lanun bersama co-pilot nya Mika dan juga LV yg berkonvoi bersama2 dgn Kak Aidid dan 5 askar2nya dan pemandu peribadinya Izreen. Mereka terus periksa masuk 4 bilik yg telah ditempah di Komplek Agrotorium, PNK(Persatuan Nelayan) Kawasan Sepang. Segala barang2 telah dimuat turun di dalam bilik Semarak iaitu bilik2 org lelaki kemudian terus makan mihun Kak Aidid. Selain mihun juga ada jagung rebus, naget, kopok dan juga air teh. Terima kasih kpd pembawa2 makanan tersebut.
Lebih kurang jam 6.25 ptg tiba pula... baca seterusnya

Dipos jam 10:37 am oleh : naruto
Comments (16)